Kira-kira tiga terkorban dipercayai terperangkap di bawah tanah selepas bandar Busan menghadapi hujan lebat yang luar biasa sehingga mengalami banjir teruk.
Menurut anggota bomba Busan berkata, hujan lebat yang melanda di bandar tersebut merupakan antara yang teruk pernah mereka alami selepas pada tahun 2009 lalu. Kebanyakan daerah di sana ditengelami air setinggi 3.5 meter pada pukul 10.18 malam waktu tempatan.
Banyak kenderaan terperangkap, anggota bomba bertungkus-lumus menyelamatkan mereka yang terperangkap tetapi seramai tiga mangsa tidak sempat diselamatkan dan meninggal dunia.
Sehingga semalam, seramai 3 orang dilaporkan terkorban dan 32 orang berjaya diselamatkan di semua daerah di Busan termasuklah yang terperangkap di kawasan bawah tanah.
Jabatan Meteorologi Korea telah megeluarkan amaran hujan lebat dengan taburan hujan yang paling tinggi pada bulan Julai di negara tersebut termasuklah di Seoul dan Busan.
Sumber: The Korea Herald, Arirang News