ONE OK ROCK umum malaysia
Gambar: Instagram oneokrockofficial

Band Terkenal Jepun, ONE OK ROCK Umum ‘Singgah’ Malaysia April 2026

Iqbal Yasir

Band Terkenal Jepun, ONE OK ROCK Umum ‘Singgah’ Malaysia April 2026

Kumpulan rock terkenal Jepun, ONE OK ROCK mengumumkan bakal membuat penampilan di Malaysia bersempena siri siri jelajah Asia, ONE OK ROCK DETOX Asia Tour 2026.

Dalam hantaran itu, konsert band itu dijadualkan berlangsung pada 29 April 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Selain Malaysia, lapan lagi lokasi diumumkan oleh ONE OK ROCK melibatkan Bangkok, Seoul, Manila, Singapura, Taiwan, Hong Kong, Shanghai dan Jakarta.

“Akhirnya tiba juga geng!! ONE OK ROCK DETOX Asia Tour 2026!!

“Kami akan datang ke Asia awal tahun depan, siapa yang teruja untuk ini?” maklum band itu dalam satu hantaran di Instagram.

Walau bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai tiket dan butiran tempat duduk akan dimaklumkan kelak.

Sumber: Instagram oneokrockofficial

BACA: Band Terkenal Jepun, ONE OK ROCK Bakal Buat Konsert Di Malaysia Disember Ini