Balu Arwah Abam Bocey Menang Kes Saman Fitnah Terhadap Ali Puteh

Edayu

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali dilapor memenangi kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Tulisnya di laman Instagram, dia menzahirkan rasa syukur kerana kemenangan berpihak kepadanya dan berterima kasih kepada orang yang yang tidak putus mendoakan dia dan anaknya.

Alhamdulillah syukur pada Allah kes Saman Hakim putus kan kemenangan kepada ku Hidayah Hamzah syukur pada Allah..terima kasih kepada Peguam kami, Mak, Abah,Anakku hamzah, adik beradik famili & rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga.. Aamin…

Menerusi laporan daripada Astro Gempak, peguam yang mewakili Nor Hidayah, Mohamed Ibrahim berkata kemenangan ini sekaligus telah membersihkan nama serta reputasi keluarga Hidayah.

BACA: “Kami Hormat Keputusan & Akan Gunakan Hak Untuk Merayu” – Ali Puteh

Tambah peguam tersebut, tuntutan keluarga Arwah Abam dan Ali terhadap anak guamnya ditolak dengan kos. Manakala, tuntutan yang dibuat oleh pihak Hidayah terhadap Ali dibenarkan dengan kos, ganti rugi sebanyak RM 60,000 juga dipersetujui oleh mahkamah untuk dibayar kepada Hidayah.

Jelasnya, sebelum ini ada kenyataan yang dibuat seolah-olah ada pihak dianiaya oleh anak guamnya tetapi hari ini mahkamah telah menjelaskan bahawa tiada berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya yang dianiaya adalah anak guamnya.

Hidayah sebelum ini telah memfailkan saman terhadap Ali Putih dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Terdahulu, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Disember 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey.

Menjengah ke ruangan komen Instagram Nor Hidayah, rata-rata warganet turut memberikan ucapan tahniah dan bersyukur dengan keputusan tersebut.

Sumber: Hidayah Hamzah, Astro Gempak