Selepas suasana tegang kembali tenang, pasukan Harimau Malaya diawasi oleh polis Indonesia yang mengiringi mereka untuk menaiki kenderaan pulang ke kediaman di Daerah Senayan, Jakarta.
Mereke terpaksa mengunakan kenderaan jenis Baracuda Polda Metro Jaya untuk membawa pasukan Malaysia ke tempat penginapan dalam keadaan yang selamat.
Sebanyak empat buah kenderaan Baracuda ini mengiringi perjalanan mereka. Kali terakhir pemain Malaysia menaikki kenderaan Baracuda ini ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010.
Sumber: Radio Elshinta