Bali Periksa Akaun Bank Pelancong
Kredit: AFP

Bali Akan Periksa Akaun Bank Pelancong Mulai 2026

Athirah

Bali Akan Periksa Akaun Bank Pelancong Mulai 2026

Bermula tahun 2026 ini, kerajaan wilayah Pulau Bali merancang untuk menilai kemasukan pelancong antarabangsa berdasarkan kemampuan kewangan, tempoh penginapan dan jenis aktiviti yang ingin dilakukan, lapor Jakarta Globe.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa langkah ini bertujuan mengembalikan ketertiban dan memelihara kelestarian di salah satu destinasi pelancongan utama dunia.

Gabenor Bali, Wayan Koster berkata dasar tersebut akan mewajibkan pelawat asing menunjukkan bukti sumber kewangan yang mencukupi, termasuk semakan simpanan bagi tempoh tiga bulan terakhir sebagai sebahagian daripada syarat kemasukan.

Beliau menambah bahawa salah satu aspek pelancongan berkualiti ialah jumlah simpanan pelawat dalam akaun mereka sepanjang tiga bulan terakhir.

Pihak berkuasa juga akan menilai tempoh penginapan serta aktiviti yang dirancang oleh pelancong sepanjang berada di pulau tersebut.

“Ini bagi memastikan segala-galanya berada di bawah kawalan

“Apabila kita melancong ke negara lain, pemeriksaan yang sama turut dilaksanakan, dan kami akan mengguna pakai pendekatan yang serupa, selaras dengan dasar yang diamalkan di tempat lain,” kata Koster lagi.

BACA: Ramai Tak Sedar, Rupanya Ini Punca Renjatan Elektrik Ketika Guna “Water Heater”

Sumber: Jakarta Globe