Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebentar tadi membentangkan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.
Dalam pembentangan bajet 2023 tersebut, pemberian Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100 ribu akan memanfaatkan 8 juta individu rakyat Malaysia.
Selain itu juga, kerajaan juga menaikkan kadar bantuan kepada kategori isi rumah berpendapatan dibawah RM 2,500 dengan lima anak atau lebih, mereka bakal berjumlah RM 2,500 secara one-off di bawah peruntukan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Manakala bagi mereka yang mempunyai sehingga empat anak pula, isi rumah ini akan menerima BKM berjumlah RM 1,000 sehingga RM 2,500.
Kepada individu bujang termasuk warga emas yang tiada pasangan, masing-masing akan menerima BKM sebanyak RM600 & RM350 bergantung kepada jumlah pendapatan yang diperoleh setiap bulan.
Dalam pada itu, kerajaan juga bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan kepada semua murid tanpa melihat pendapatan ibu bapa mereka. Lebih menggembirakan semua murid, kadar bantuan itu juga turut dinaikkan kepada RM150 dari RM100 sebelum ini.
Sumber: Kementerian Kewangan