Salah satu isu yang sering diperdebatkan setiap tahun adalah isu pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah. Sehingga kini, banyak rumah-rumah tidak terjual dek kerana harganya yang tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah.
Justeru itu, dalam Bajet 2022 kali ini, kerajaan mengumumkan projek-projek Perumahan Golongan Berpendapatan Rendah sebanyak RM1.5 bilion. Ini membolehkan golongan tersebut dapat memiliki rumah sendiri dan tak perlu lagi menyewa.
Sudah pasti, semua orang mahu memiliki rumah sendiri untuk didiami dan tidak mahu menyewa sehingga hari tua.

Sumber: Bernama