Jumaat 27 Disember lalu merupakan detik terindah bagi pasangan selebriti Baim Wong dan isterinya, Paula Verhoeven.
Pasangan ini baru sahaja menyambut kelahiran seorang bayi pertama lelaki yang cukup comel seberat 3.5 kilogram.
Seperti ibu bapa yang lain, mereka pastinya ingin memberikan nama teristimewa buat si anak tersayang. Hasil perbincangan, mereka akhirnya memilih nama Kiano Tiger Wong yang dikatakan mempunyai makna tersendiri.
Menurut portal Pop Mama, selebriti tersebut menjelaskan makna lengkap nama putera sulungnya.
“Tiger itu orang kata nama haiwan, pada saya tidak.
“Tiger itu adalah pemimpin dari semua haiwan, pemimpin yang bijaksana.
“Hal ini kerana saya mahu membahagiakan orang dalam skala besar. Dari situ saya mahu Tiger Wong jadi pemimpina yang bijaksana dan boleh membahagiakan semua orang,” tambahnya.
Selain itu, Baim turut menjelaskan maksud nama Kiano.
“Kiano itu beruntung dan cerdas. Maksudnya dia adalah orang yang cerdas, sabar dan beruntung,” terang Baim.
Justeru, maksud nama penuh Kiano Tiger Wong adalah pemimpin cerdas yang beruntung.
Semoga Kiano Tiger Wong menjadi anak yang soleh dan berjaya memenuhi impian ibu bapanya.