Gambar via Google

“Baik Sentiasa Kalahkan Yang Jahat”, Khabib Gembira Lepas Poirier Tewaskan McGregor

Eyla Azri

Dustin Poirier sekali lagi muncul juara dalam perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC) menentang Conor McGregor, hari ini. Pertarungan mendebarkan UFC 264 ini hanya berlangsung satu pusingan sahaja apabila McGregor mengalami kecederaan pada bahagian kaki.

Turut meraikan kemenangan Poirier, petinju terkenal dunia, Khabib Nurmagomedov melalui sebuah hantaran di laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Poirier atas kejuaraannya hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Nurmagomedov menulis ucapan tahniah yang bermaksud,

“Kebaikan sentiasa mengalahkan kejahatan. Sangat gembira dengan Dustin Poirier (kemenangan), saya harap anda akan dapat tali pinggang akhir tahun nanti.”

Hantaran yang berupa ucapan tahniah dari Nurmagomedov kepada Poirier ini walaubagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi dari warga net. Hantaran ini mendapat sorotan di Facebook hingga dikongsi sebanyak 9.4 ribu kali setelah beberapa jam dimuatnaik.

Di ruangan komen, warga net rata-rata berbangga dengan pencapaian Poirier dan turut mengucapkan tahniah atas kemenangannya terhadap McGregor. Namun tak kurang juga yang merasakan ucapan tahniah Nurmagomedov ini dilihat seakan-akan ‘memerli’ McGregor pada masa yang sama.

Sumber: CNN, Facebook Khabib Nurmagomedov