Kredit gambar: Adzri A-d

“Bahaya Ride Pegang Phone Ni…”, Kereta ‘Dirodok’, Abang Ni Minta Rider Hantar Makanan Hati-hati

Nur Adnin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Penghantar makanan (delivery rider) seringkali sibuk dan fokus pada tugasan mereka di jalan raya semata-mata untuk menghantar pesanan.

Faham, dalam memenuhi kehendak pelanggan, mereka perlu bersaing dengan masa yang berjalan. Namun, salah satu perkara penting yang tidak boleh dipandang enteng ialah soal keselamatan.

Kerap juga kita dengar sebelum ini, kes-kes kemalangan jalan raya berlaku melibatkan golongan ini. Sama ada kemalangan kecil mahupun besar, ia tetap berbahaya.

Baru-baru ini, seorang warganet, Adzri A-d berkongsi pengalamannya ‘terlibat’ sama dalam satu kemalangan kecil melibatkan keretanya dan seorang penghantar makanan Foodpanda.

Bagaimanapun, tiada sebarang musibah besar berlaku. Mari ikuti perkongsian ini.

Kredit gambar: Adzri A-d

Baru kena rodok dengan abang rider. Memang nampak saat-saat sebelum dirodok tengah tengok handphone, check maps barangkali. Berhenti tepi tengok skirting kereta tercabut.

Jumpa dia tanya Alhamdulillah tiada apa tapi mudguard depan pecah habis. Baru cover (order) Bangi katanya dan betul-betul minta maaf.

Saya cakap takpalah bang kereta tak teruk sangat tapi bahaya ride pegang handphone ni dan terus suruh dia pergi hantar order, nanti lambat susah pulak.

Kepada abang-abang rider, kami faham kejar trip tapi kalau motor rosak ke cedera teruk, kan dah tersekat rezeki kat situ.

Safet first dan moga dipermudahkan semua urusan abang-abang rider kita.

Kredit gambar: Adzri A-d

Sumber: Adzri A-d