Seorang kanak-kanak telah menjumpai senapang di luar penjana eletrik di Liverpool ketika dia keluar untuk bermain.
Kanak-kanak itu bernasib baik kerana dia telah membawa senjata itu terus kepada neneknya. Kemudian, neneknya telah membuat panggilan kepada perkhidmatan kecemasan bagi memaklumkan perkara itu.
Pegawai bersenjata telah dikerah untuk melakukan pencarian di kawasan Knotty Ash, Merseyside pada hari ahad 21 Jun sekitar jam 2.20 petang.

Ketua inspektor dari Merseyside Police berkata “Kanak-kanak itu sangat beruntung sebab dia tidak membahayakan selepas menemui senjata ini. Malah, dia telah membawa senjata itu kepada neneknya dan segera memanggil polis”.
Dia juga berasa sangat bimbang sekiranya kanak-kanak yang sedang bermain dan menemukan senjata berbahaya seperti ini. Dia telah menggesa sesiapa sahaja yang melihat kejadian yang mencurigakan untuk menghubungi polis.
Tambahan pula, untuk mengendalikan senjata, menyimpan, menggunakan atau menyembunyikan senjata adalah tidak selamat.
Sumber: www.mirror.co.uk