“Bagus Untuk Kesihatan, Tapi..,” Ramai Salah Sangka Air Lemon Boleh Pecahkan Lemak, Ini Fakta Anda Perlu Tahu

Edayu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Tidak dinafikan air perahan lemon sememangnya memberi pelbagai manfaat untuk kesihatan. Ya, lemon mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi untuk badan seseorang.

Namun, sesetengah individu percaya bahawa air lemon dapat memecahkan lemak yang degil. Betul ke? Sebenarnya, air lemon bukan ditugaskan untuk memecah lemak tetapi digunakan untuk kesihatan.

Kali ini, SK ingin kongsikan fakta daripada Ini Sains Beb tentang air lemon yang dikatakan sebagai pemecah lemak sebenarnya tidak betul.

Air lemon pemecah lemak?

Adakah anda di antara mereka yang mengamalkan petua ini? Ada yang makan beriani, disulami air lemon, pemecah lemak katanya. Ada yang mengamalkan tiap hari, bagi kurus katanya. Lemon sebenarnya bagus untuk kesihatan, tetapi bukan sebagai pemecah lemak.

“Lemon sebenarnya bagus untuk kesihatan, tetapi bukan sebagai pemecah lemak.”

Lemon kaya dengan vitamin C iaitu antioksidan. Antioksidan pula penting untuk mengekang radikal bebas dari bertindak merosakkan sel, DNA, lipid dan sebagainya.

Tapi, jangan pula makan lemon sebiji selepas ini, pelbagaikan sumber vitamin C anda, jambu batu sebenarnya mempunyai kandungan 3 kali ganda vitamin C dari lemon.

Jangan pandang rendah kepada buah buahan tempatan ya.

Jadi, boleh nak amalkan air lemon, bukanlah untuk pemecah lemak, ianya bagus sebab kalori kosong, jadi bagus untuk hidrasi dan sumber vitamin C. Jangan pula beri alasan begini, aku nak makan beriani kambing, air lemon ni ada boleh pecahkan lemak. Ha ni tak boleh.

Ingat, sekiranya anda makan lemon dengan betul, maka tiada kesan sampingan akan menakutkan.

Sumber: Ini Sains Beb