bagi review teruk
Kredit: Bernama

Bagi “Review” Teruk, Hos Airbnb Ugut Hantar Gambar Tetamu Bersama Skandal Kepada Isterinya

Athirah

Bagi “Review” Teruk, Hos Airbnb Ugut Hantar Gambar Tetamu Bersama Skandal Kepada Isterinya

Seorang hos Airbnb di Amerika Syarikat mengugut untuk menghantar rakaman CCTV dipercayai suami orang yang membawa perempuan lain memasuki rumah penginapan kepada isterinya, lapor Daily Star.

Memetik Daily Star, tindaka hos Airbnb itu dipercayai kerana tidak berpuas hati apabila lelaki terbabit meninggalkan ulasan buruk tentang penginapan tersebut.

Pada mulanya, lelaki itu menyewa penginapan bernilai RM 2,700 yang di Tennesee dari 9 September hingga 11 September untuk dia dan tiga tetamu.

Bagaimanapun pada saat akhir, lelaki itu memaklumkan dia akan membawa tetamu tambahan untuk makan malam di penginapan berkenaan.

Hos itu mendakwa, tindakan tersebut melanggar peraturan-peraturan rumah terbabit, termasuk kehadiran tetamu melebihi jumlah yang ditetapkan.

Selain itu, hos itu juga menetapkan peraturan yang penyewa tidak boleh menghisap vape atau merokok di dalam rumah dan tidak boleh berbogel di kolam renang.

Penyewa juga dilarang membuang air kecil di dalam kolam serta tidak boleh membuat bising sehingga mengganggu jiran-jiran.

Hos itu juga meletakkan syarat bahawa semua kenderaan penyewa perlu diparkir di dalam garaj serta tetamu yang tidak berdaftar tidak boleh menginap di rumah berkenaan.

Justeru, hos berkenaan bertindak mengenakan caj keseluruhan sebanyak RM4,600. Namun, lelaki berkenaan enggan menjelaskan kos tambahan itu. Malah, lelaki tersebut turut meninggalkan ulasan negatif berhubung kediaman tersebut.

Berang dengan keengganan tersebut, hos berkenaan mengugut mahu menghantar rakaman CCTV di kediaman tersebut kepada isteri lelaki berkenaan.

Namun begitu, beberapa hari kemudian, hos berkenaan benar-benar menghantar rakaman berkenaan kepada isteri lelaki tersebut.

Ekoran itu, lelaki terbabit kemudian membuat laporan polis dan mendakwa hos AirBnb itu telah melakukan pemerasan ke atasnya.

Dalam dokumen mahkamah, lelaki itu mendakwa tindakan itu menyebabkan emosinya terganggu selain menjadi cemuhan orang ramai.

Malah, tindakan hos Airbnb berkenaan juga menyebabkan hubungan rumah tangganya menjadi retak.

BACA: Malaysia Top 3 Paling Ramai Orang “Single” Di Asia Tenggara

Sumber: Daily Star