Seorang wanita mendakwa dirinya berjaya ‘kembali’ dari alam kematian selepas dipercayai meninggal dunia sejurus menjalani pembedahan, lapor The Mirror.
Difahamkan, wanita itu, Betty Eadie menceritakan pengalamannya merasai kematian dan melihat ‘alam seterusnya’, sekaligus menyatakan mahu kembali mati selepas kejadian misteri itu berlaku.
Menurut wanita berkenaan kepada rancangan Tv America’s Inside Edition menerusi Daily Star, dia menjelaskan bahawa dirinya sempat bertemu dengan rakan baiknya yang telah meninggal sejak dua tahun lalu.
Betty yang kini berusia 78 tahun menyatakan pengalaman itu berlaku sewaktu dia menjalankan pembedahan histerektomi satu ketika dahulu.
Gambar: The Mirror“Saya berada di bilik pemulihan dan tiba-tiba merasakan setiap titisan darah mengalir keluar dari badan. Kemudian saya melihat ke bawah dan ternampak badan saya terbaring di atas katil.
“Saya tahu bahawa saya telah mati,” katanya dalam rancangan itu, memetik laporan Daily Star.
Selepas itu, Betty menyatakan bahawa dia melihat tiga lelaki purba yang memberitahu dirinya telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia berkata mahu melihat keluarganya terlebih dahulu dan ‘terbang’ keluar melalui tingkap menuju ke rumahnya.
“Saya berdiri bersebelahan suami yang pada ketika itu dia sedang duduk di kerusi. Saya bimbang kerana mereka tidak tahu saya telah meninggal dunia termasuk anaknya,” kata Betty.
Gambar: The MirrorKetika itu, dia mendakwa diberikan ‘gambaran’ untuk melihat masa depan keluarganya. Disebabkan mereka bakal menjalani kehidupan yang lebih baik, perasaan bimbangnya beransur reda dan ‘dirinya’ pulang semula ke hospital.
Selain itu, Betty mendakwa bahawa dia juga dibawa mengelilingi setiap planet sebelum kembali hidup seperti sediakala.
Lima tahun kemudian, Betty memberitahu doktor tentang kejadian misteri itu dan doktor terbabit mengesahkan bahawa dia ‘meninggal dunia’ sementara untuk waktu yang singkat.
Gambar: The MirrorApa itu histerektomi?
Umumnya, histerektomi merupakan proses pembedahan bagi membuang uterus sama ada termasuk rahim atau sebahagiannya (uterus sahaja).
Difahamkan, ia merupakan salah satu pembedahan yang popular dalam bidang ginekologi di Amerika Syarikat sehingga lebih 600,000 proses itu dilakukan setiap tahun.
Proses pembedahan ini membuatkan pesakit tidak akan memiliki anak (mandul) dan mempengaruhi keseimbangan hormon sepanjang hidup. Setelah pembedahan dilakukan, uterus tidak akan kembali seperti keadaan asal.
Sehubungan itu, ia sebaiknya dilakukan jika pesakit tiada pilihan lain seperti kanser rahim, ovari, serviks atau endometrium dan sebagainya yang menjejaskan kesihatan.
Sumber: The Mirror