Pada kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2022, beregu lelaki negara layak ke peringkat seterusnya selepas tundukkan beregu dari Jepun dalam pusingan 32.
Dalam perlawanan yang jelas didominasi beregu negara itu, Goh Sze Fei dan Nir Izzuddin menang mudah ke atas pemain negara matahari terbit itu dengan skor 21-12, 21-12 untuk kedua-dua set.
Kemenangan itu sedikit sebanyak menceriakan kem badminton negara dan peminat-peminat yang datang memberi sorakan gemuruh kepada pemain kebanggaan mereka.
Goh Sze Fei dan Nir Izzuddin bakal bertembung dengan pemain dari India pada pusingan seterusnya.
Sumber: Badminton Assosiation of Malaysia