
Pengunjung Mydin USJ dikejutkan dengan alunan bacaan merdu yang bergema di seluruh ‘mall’. Kami, seluruh team Siakap Keli bertuah kerana malam ini kami berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Bersama Ustaz Don Daniyal dan Anak-Anak Tahfiz yang dianjurkan pihak Mydin dan ditaja oleh Febreze.


Ketika kami tiba di Mydin USJ, dapat kami rasakan atmosferanya yang berbeza. Suasana disulami dengan alunan surah yang merdu yang dibacakan oleh imam yang mengetuai solat terawih. Bacaannya merdu bergema di seluruh ‘mall’. Jemaah pula berpusu-pusu memenuhi setiap saf, terdiri daripada anak-anak tahfiz dan pengunjung.
Program ini adalah sebahagian daripada kempen Klasiknya Raya Mydin yang berlangsung dari 15 Mac hingga 15 Mei.






Hadir sebagai penaja, malam ini menjadi lebih meriah kerana turut berlangsungnya pelancaran dan promosi Febreze Inspirasi Attar edisi istimewa sempena bulan Ramadhan. Pengunjung akan menikmati harga istimewa yang tak akan dapat dimana-mana pasaraya.

Promosi yang berlangsung seperti;
Beli mana-mana tudung di Mydin, layak membeli Febreze Inspirasi Attar dengan harga RM7.99 (harga biasa RM14.90 penjimatan sebanyak RM6.90!) DAN
Beli mana-mana baju sekolah atau baju raya, anda layak membeli Downy dengan harga RM12.90 @ Ambi Pur dengan harga RM6.99





“Dalam seminggu, sekitar tiga ke empat kali saya akan datang untuk membeli barang keperluan dapur dan lain-lain dan semuanya ada dekat sini,” kata salah seorang pengunjung kepada Siakap Keli.
Pada masa yang sama, ketika ini orang ramai masih berpusu-pusu datang ke Mydin. Masing-masing tak terlepas untuk menikmati jualan istimewa dengan penjimatan berganda bagi persediaan sambutan Aidilfitri dengan menawarkan baju raya pada harga serendah RM30 sepasang menerusi kempen Klasiknya Raya Mydin tahun ini.






Selain pakaian, Mydin turut menawarkan pelbagai keperluan rumah dan dapur, perhiasan rumah, kuih raya, kurma dan banyak lagi dengan harga yang istimewa dan menjimatkan.



Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti Klasiknya Raya Mydin di www.mydin.my/klasiknya-raya