
Setiap haiwan liar mempunyai habitat asal mereka sendiri, tidak kiralah sama ada di dalam air, di darat mahupun di dalam hutan. Di habitat liar, haiwan-haiwan sangat jarang untuk dilihat manusia kerana mereka seperti “bersatu dengan alam.”
Namun, terdapat satu tempat di mana kita dapat melihat pelbagai jenis spesies haiwan iaitu di zoo. Seperti yang kita ketahui, zoo merupakan habitat ‘ciptaan’ bagi segala jenis haiwan yang dilindungi.
Bercerita tentang zoo, kebanyakan zoo memiliki pelbagai kisah yang menarik. Antara yang cukup digemari pengunjung adalah kerenah haiwan yang mesra, kelakar, ‘sporting’ dan mencuit hati.
Begitulah seperti apa yang berlaku di Zoo Negara baru-baru ini apabila seorang petugas zoo terpaksa berhadapan dengan seekor anak panda yang ‘ganas’. Ganas di sini bukanlah kerana kukunya yang tajam.
Tapi aksi anak panda yang kononnya garang dan mahu berlawan itu seakan-akan menyamai watak Po dalam filem Kungfu Panda. Kalau anda pernah menontonnya, pasti sudah cukup kenal dengan gelagat Po ‘The Dragon Warrior’ yang kelakar itu.
Jom saksikan video ini.
Telatah anak panda di dalam video itu bersama pekerja zoo berkenaan begitu mencuit hati warga TikTok. Ada saja gelagatnya yang tidak mahu memberikan tong sampah kepada pekerja zoo itu.
Malah ada sesekali gayanya seperti mahu mengajak bertinju pula. Ditambah pula dengan lagu latar belakang kungfu, semestinya pertarungan ini mungkin menjadi begitu sengit sekali.
Sementara itu, rata-rata warga TikTok membanjiri ruangan komen dan menyatakan ekpresi mereka terhadap video itu.
“Yang last tu.. dapat cuit hujung kaki pun jadi la buat gaduh 😆😆,” komen dak_mell
“Bang, kalau die terbuang tanpa abang sedar dia dalam dustbin tu, inform2 abang buang kt mana 😅😅😂,”Irdinna

Itu antara komen yang mencuit hati warga TikTok yang melihat telatah anak panda itu.
Sumber: TikTok @znmzoonegaramalaysia