
Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak mereka. Tidak kira dalam situasi apa pun, mereka pastinya berharap dapat memberikan kehidupan yang penuh ‘mewah’ kepada anak-anak di dunia mahupun akhirat. Disebabkan itulah ibu bapa sedaya upaya mengajar dan membekalkan anak-anak dengan ilmu serta kemahiran supaya anak mereka ‘terselamat’ dari dugaan dunia yang mencabar.
Sebagai tulang belakang kepada institusi keluarga, mereka selalunya mempunyai kaedah dan cara tersendiri untuk mendidik anak-anak. Perkara ini selalunya ditentukan oleh ibu bapa sendiri dan bergantung kepada didikan golongan terdahulu kepada mereka. Satu ciapan telah tular di laman twitter dengan lebih 23, 825 ulang kicau dan 14, 233 tanda suka.

Jaja telah berkongsi telah kemahiran keibubapaan yang diamalkan dalam keluarganya. Seperti yang kita ketahui, selalunya ayah adalah watak yang dibayangi dengan personaliti sebagai seorang yang garang. Namun lain pula dengan Jaja, beliau menyatakan bahawa perilaku bapanya jauh berbeza dari persepsi ramai tentang seorang ayah.

Bapanya merupakan seorang guru disiplin di sekolah. Namun perkara itu tenyata bukan ‘tiket’ untuk bapanya bertindak keras terhadap anak-anaknya di rumah. Malah rakan-rakannya di sekolah juga seakan-akan tidak mempercayai hakikat tersebut.

Bapa Jaja memberi jawapan yang benar-benar menyentuh hatinya dan netizen yang melihat ciapan tersebut. Menurut bapanya, anak perempuan ini perlu dipelihara dengan baik namun dalam masa yang sama dididik dengan ketegasan. Hal ini kerana bapanya dahulu telah mendapat kasih sayang dari seorang ibu. Oleh itu, bapanya ingin terus mengekalkan dan ‘menurunkan’ kelembutan dan perasaan sayang tersebut kepada anak perempuannya pula.

Mana ada ibu bapa yang tidak menyanyangi anak mereka. Tentunya apabila mereka melihat si anak bersdih mahupun kecewa, mereka turut berkongsi perasaan yang sama.

Bapa Jaja sekali lagi berjaya menjentik emosinya apabila mengeluarkan kata-kata yang begitu indah dari seorang ayah. Bapanya itu hanya mahu yang terbaik dan disebabkan itulah beliau menginginkan calon (bakal suami) yang mempunyai perilaku persis dirinya supaya lelaki berkenaan dapat menjaga anaknya itu.

teori pendidikan juga ada mendedahkan bahawa cara yang terbaik untuk mendidik murid adalah menggunakan pujian untuk perbuatan baik dan hukuman (denda) untuk perbuatan sebaliknya, perkara ini dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka. Sama juga seperti bapa Jaja, beliau akan memberikan hukuman kepadanya sekiranya perlu.

Perkongsian Jaja nyata telah membuka banyak mata ramai pihak tentang pengorbanan dan perilaku seorang ayah yang kadang-kadang kita tidak sedar. Setiap ibu bapa caranya berbeza namun niat hanya satu iaitu mahu menjadikan anak mereka sebagai seorang yang berguna kepada masyarakat, agama dan negara.

Di akhir perkongsiannya, Jaja berharap akan menjumpai sesorang yang mempunyai keperibadian sebaik bapanya itu.

Sumber : Jaja Berkarya