Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berjaya melayakkan diri ke saingan akhir acara keirin lelaki di pentas Olimpik Tokyo 2020.
Dalam aksi mendebarkan sebentar tadi, Azizulhasni berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama, diikuti pelumba Jerman, Maximilian Levy, sementara pelumba Netherlands, Harrie Lavresyen di tempat ketiga.
Azizulhasni sekali lagi bergelar finalis di kejohanan Olimpik dan membawa harapan rakyat Malaysia untuk membawa pulang pingat Olimpik Tokyo 2020.
Bukan sahaja membawa nama Malaysia di pentas Olimpik, Azizulhasni juga merupakan wakil ASEAN dan Asia dalam acara ini dan akan bersaing dengan pelumba-pelumba hebat dunia di pentas akhir.
Adakah Azizulhasni akan mencipta sejarah dengan membawa pulang pingat emas pula kali ini? Nantikan aksi Azizulhasni di final Olimpik 2020 sebentar lagi.
Sumber: Astro Arena