
Rakyat Malaysia tak henti-henti mengucapkan tahniah kepada pelumba basikal nombor satu negara, Datuk Azizulhasni Awang, yang berjaya meraih perak di pentas Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.
Bukan itu sahaja, lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, melalui sebuah hantaran di laman Facebooknya turut tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah secara peribadi kepada jaguh lumba basikal kebanggan negara itu.
Hantaran ini mendapat reaksi positif dari warga net yang turut terhibur dengan seloroh Chong Wei yang mengatakan Azizul nampak lebih muda dari sang juara Kenny, walaupun mereka sebaya.





Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam acara keirin lelaki Olimpik Tokyo 2020, selepas ditinggal jauh pelumba Great Britain, Jason Kenny. Manakala pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 kali ini dimenangi Harrie Lavreysen (Denmark) dalam saingan sengit dengan Azizulhasni pagi tadi.
Sumber: Facebook Lee Chong wei