“Kami berhenti sampai sini dulu. Mohon jangan sumbangkan apa-apa wang dan barang-barang lagi pada kami.” Demikian kenyataan pelakon dan selebriti, Azhan Rani di laman Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Azhan Rani memohon maaf kerana terpaksa berhenti memberi bantuan kepada mangsa banjir berikutan beberapa faktor yang perlu diambil kira.
“Maaf kami terpaksa berhenti di sini. Warehouse kami di Sungai Choh itu pun dipinjamkan tanpa bayaran. Kami perlu pulangkan semula kepada owner. Dia juga ada bisnes di situ.
“Sahabat-sahabat sukarelawan kami juga perlu kembali pada tugas dan tanggungjawab hakiki masing-masing. Ampun dan maaf, kami terpaksa berhenti dulu di sini.
“Apapun kami tetap akan jadi tulang belakang buat mana-mana sukarelawan atau sesiapa jua yang ditimpa musibah setakat kemampuan kami,” katanya.
Tambah Azhan, konsep ‘kita jaga kita’ serta slogan #darirakyatkepadarakyat akan terus terpahat dalam semangat mereka.
”Sama-sama kita doakan agar lebih banyak cerita yang baik-baik buat kita semua nanti. InsyaAllah accountant tak bergaji kami @fizleehafiz akan update final account tabung sumbangan kami. Nanti saya kongsikan di sini.
”Cuma tolong jangan sumbangkan apa-apa lagi untuk team kami. Kita bantu pula pada pasukan lain yang masih meneruskan misi ini.
”Terima kasih semua yang terlibat, terima kasih budi baik dan prihatin setiap orang yang menyumbang. Semoga berpanjangan kasih sayang sesama kita,” katanya selain mengakui mereka mengalami keletihan yang teruk.
Menurut Azhan, pada asalnya pasukan sukarelawan itu hanya mahu menghantar sekotak pakaian untuk mangsa banjir ke Meru, namun misi mereka dilanjutkan selama 10 hari.
Sumber: Instagram Azhan Rani