“Tak perlu bayar, kami bersih percuma saja,” tulis satu hantaran di Facebook yang mewar-warkan servis cucian kereta tenggelam banjir secara percuma oleh sebuah bengkel dan pusat jagaan kereta di Selangor.
Memahami keluhan orang ramai yang terjejas, Azam Motor Banting menawarkan servis cuci luar dan dalam untuk kereta tenggelam banjir. Pemilik kereta di kawasan Selangor yang terkesan bencana alam tersebut boleh berkunjung ke bengkel yang terletak di Banting, Selangor ini.
Menurut hebahan di laman Facebook Motorsport Malaysia, tawaran ini terhad untuk sebuah kereta bagi setiap rumah sahaja. Bagi servis minyak enjin untuk kereta Proton dan Perodua, potongan RM20 akan diberikan kepada mangsa terjejas sehingga 3 Januari 2022. Misalnya kalau caj servis korang RM90, korang cuma perlu bayar RM70 saja.
Sekiranya ada kerosakan lain, pihak Azam Motor Banting akan beri cadangan apa yang patut baiki mengikut bajet korang. Kapasiti bengkel setakat ini hanya menerima empat biji kereta sehari. Bagi mereka yang terkesan akibat banjir dan memerlukan khidmat berkenaan, boleh buat temujanji dengan Azam Motor Banting di pautan ini.
Menurut balasan di laman Facebook Azam Motor Banting HQ, mereka bersedia membantu mengikut kemampuan dan memberi keutamaan kepada pemilik kenderaan dari golongan B40. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil Azam Motor Banting di talian 016-2258609 (Nana).
Sumber: Motorsports Malaysia, Azam Motor Banting HQ