Walaupun mempunyai haiwan ternakan dapat memberi pulangan yang lumayan serta menguntungkan, namun ianya tidak menolak kepada kesan buruk yang boleh diterima oleh si penternak.
Perkara ini berikutan nasib malang dialami oleh seorang wanita tua yang maut akibat diserang oleh ayam ternakannya. Kejadian yang berlaku di Australia itu telah bermula ketika wanita itu sedang mengumpulkan telur dari reban ayam yang berada di belakang rumahnya.
Gambar: UniladPunca kematian wanita yang tidak didedahkan identitinya itu adala disebabkan oleh kecederaan ‘vena varikos’ selepas di serang oleh haiwan yang dibelanya selama ini.
Kejadian yang menimpa warga tua itu telah menjadi peringatan khususnya kepada penduduk setempat untuk lebih berhati-hati terhadap haiwan yang dianggap tidak merbahaya.
Menurut seorang pakar forensik, Profesor Roger Byard dari Adelaide University, sebelum ini terdapat kes yang melibatkan seorang wanita tua meninggal dunia dalam keadaan yang sama selepas diserang oleh kucing peliharaannya.
Gambar: UniladTambahnya mengenai insiden berkenaan, punca kematian wanita itu bukan hanya disebabkan oleh serangan haiwan, namun ianya juga disebabkan pendarahan yang lama tanpa rawatan.
Sumber: Unilad.co