Tiada Kategori

Ayam Brand™ Berganding Bahu Sunway XFarms Perkasa Generasi Muda Dengan Ilmu Pemakanan

Nur Farra

Ayam Brand™, jenama makanan terkenal dengan lebih 130 tahun warisan, meneruskan komitmen terhadap kesejahteraan komuniti melalui program CSR tahunan #AyamBersamaMu. Tahun ini, inisiatif tersebut dilaksanakan bersama Sunway XFarms dengan pengisian lebih bermakna, melibatkan 60 kanak-kanak kurang bernasib baik dalam aktiviti pembelajaran praktikal, di samping pengagihan makanan berkhasiat kepada lebih 1,000 penerima di seluruh negeri.

Sejak lebih sedekad lalu, Ayam Brand™ konsisten menganjurkan program yang menekankan kepentingan pemakanan sihat, khususnya untuk kanak-kanak dan golongan rentan. #AyamBersamaMu bukan sekadar menghulur bantuan makanan, malah turut memberi pendidikan pemakanan agar manfaatnya lebih berpanjangan.

Acara sehari di Sunway XFarms memberi pengalaman unik kepada peserta dengan menghubungkan pemakanan sihat dan pertanian moden. Antara pengisian termasuk:

  • Sesi interaktif “Suku Suku Separuh” menggunakan produk Ayam Brand™,

  • Bengkel hidroponik kreatif dengan tin Ayam Brand™,

  • Lawatan ke rumah hijau Sunway XFarms, serta

  • Makan tengah hari konsep “Farm-to-Fork” dengan hidangan berkhasiat daripada produk Ayam Brand™ dan hasil segar XFarms.

Menurut Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran Ayam Brand™:

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway XFarms, Afdhal Nayan berkata:

Selain acara utama, Ayam Brand™ turut bekerjasama dengan NGO Food Aid Foundation bagi menyalurkan bantuan makanan berkhasiat ke seluruh negeri. Usaha ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 1,000 penerima, sekali gus memastikan impaknya berpanjangan.

Melalui gabungan pendidikan dan pengagihan makanan, Ayam Brand™ bukan sahaja berusaha memperkukuh sekuriti makanan, malah turut memperkasa generasi muda dengan amalan hidup lebih sihat.