Bagi setiap orang yang mempunyai kereta, pastinya ia akan dijaga dengan rapi dan terbaik.
Bahkan ia akan ‘dilindungi’ dari sebarang calar dan kekotoran, kalau boleh hari-hari kereta itu perlu dibasuh.
Namun, berbeza pula dengan Ahmad Farid Ashraf yang membiarkan anak perempuannya melukis ‘doodle’ pada kereta miliknya.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia memuatnaik beberapa gambar yang memperlihatkan seni doodle pada bahagian belakang keretanya.
Ahmad Farid berkata bahawa anaknya, Ainnur Sofea, sememangnya berbakat dalam melukis sejak berusia empat tahun lagi.
Bakatnya itu semakin terserlah apabila menginjak usianya yang kini sembilan tahun.
Menurut Ahmad Farid, Ainnur juga pernah melukis doodle di sekolah tempat ibunya bekerja.
Gambar Via Ahmad Farid AshrafTidak cuma itu, bakatnya itu juga turut mendapat perhatian rakan-rakan sekolahnya.
Ahmad Farid juga berkata bahawa dia dan isteri tidak kisah apa yang Ainnur ingin lakukan di masa hadapan, sama ada ingin menjadi pelukis atau mempunyai kerjaya lain.
Gambar Via Ahmad Farid Ashraf“Saya nak dia jadi orang berguna untuk agama dan keluarga, kalau dia nak terus dengan seni pun okay, kalau nak sekadar hobi pun takpe, apa pun saya sokong,” katanya kepada SK.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum melihat bakat Ainnur yang sangat kreatif.


Menerusi kiriman yang terbaru, Ahmad Farid Ashraf juga berkongsi doodle yang dilukis oleh anaknya di bahagian hadapan kereta pula.
Hasil doodle yang disiapkan dalam tempoh 45 minit itu kelihatan sangat cantik dan teliti.
Sumber: Ahmad Farid Ashraf