Basah dan penuh lumpur, pelajar maut ketika melakukan aktiviti senat sempat dipegang dan dipeluk oleh ayah jelaskan keadaan anak.
Ibu bapa kepada mahasiswi Universiti Muslim Indonesia (UMI) yang dilaporkan maut ketika menjalani latihan senat menjelaskan keadaan jasad anak mereka yang basah dan dipenuhi dengan lumpur.
Ayah mangsa, Abdul Azis berkata beliau sempat memegang jenazah, lapor CNN Indonesia.
“Boleh dipastikan basah, sebab saya sempat pegang (mayat). Daripada maklumat pihak hospital, mayat mangsa masuk dalam pusat kesihatan sekitar jam 4.30 pagi. Dalam keadaan basah, saya sempat memeluk jasad anak saya,” jelasnya.
Menurut Azis juga, jasad anaknya itu dipenuhi dengan lumpur dari hujung kepala hingga hujung kaki. Oleh itu, dia percaya mangsa berada di kawasan yang penuh dengan air ketika aktiviti itu dijalankan.
Walau bagaimanapun, dia masih menunggu keputusan bedah siasat daripada Pasukan Forensik Biddokkes Polis Sulawesi Selatan untuk menentukan punca sebenar kematian anak tunggalnya itu.
“Biar polis yang tentukan sama ada terdapat kesan lebam atau tidak daripada hasil analisis pemeriksaan doktor forensik,” jelasnya, lapor CNN.
Menurut CNN, Zhafira Azis merupakan pelajar batch 2022 dalam jurusan Sains Kejururawatan. Beliau diduga meninggal dunia ketika Menghadiri Senat FKM UMI di Malino, Kabupaten Gowa.
Zhafira dikejarkan ke Hospital Tinggimoncong apabila dilaporkan tidak sedarkan diri, namun tidak berjaya diselamatkan. Dia dimaklumkan meninggal dunia pada 24 Julai 2022.
BACA: Dibina Guna Campuran Putih Telur, Kisah Jambatan Usang Misteri, Didakwa Dihuni Makhluk Halus
BACA JUGA: Kemalangan Darat Terparah Di Dunia, 51 Pelajar Bersama 2 Guru Maut
Sumber: CNN Indonesia