Semua orang akan diuji tuhan dengan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang terutamanya ibu bapa tidak boleh digambarkan dengan kata-kata dan perit untuk diterima oleh sesiapa pun. Namun, setiap takdir Tuhan yang tertulis itu perlu diterima dengan berlapang dada.
Seperti perkongsian oleh seorang gadis mengenai pengalaman kehilangan dua permata syurganya dalam tempoh enam bulan. Belum pun habis rasa sedih dengan pemergian ibunya, selang tiga bulan selepas itu ayahnya pula terkena stroke.
Umpama jatuh di timpa tangga, gadis ini terpaksa menerima ketentuan apabila ayah yang menjadi satu-satunya tempat bergantung pula menghembuskan nafas tiga bulan selepas sakit.








Sumber : embunnnn