Berita kematian orang tersayang akibat wabak Covid-19 memang menyentuh hati semua masyakat di dunia. Tambah-tambah lagi melibatkan orang tua kita.
Namun, siapalah kita untuk melawan takdir ini. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Seperti lelaki ini, dia mengambil keputusan untuk memberi secara percuma air dialisis milik arwah ayahnya. Katanya dalam status di Twitter tersebut, anggap amal jariah ini untuk ayahnya di sana.
“Dah genap sebulan ayah saya telah meninggal dunia kerana Covid-19. Kepada sesiapa /kenalan yang memerlukan air dialisis ni.”
Boleh datang amik for free. Anggap sedeqah jariah daripada ayah saya. Dengan harapan, pahalanya terus mengalir. Inshaallah
**Lokasi di Kajang. Boleh DM ye…

Seperti mana yang kita tahu, rawatan dialisis ini merupakan rawatan yang mengambil alih tugas-tugas yang dilakukan oleh buah pinggang. Rawatan ini mempunyai dua jenis iaitu hemodialisis dan peritoneal dialisis (air).
Sumber: Arif Jemali