Gambar hiasan via Media Indonesia

Ayah Menangis Dibebas Polis Lepas Ditangkap Curi ‘Phone’ Demi Anak

Faiz Mustafa

Disebabkan mahu anaknya turut menyertai kelas online, seorang lelaki di Bangka Belitung, Sumatera ditangkap polis kerana didakwa mencuri sebuah telefon bimbit, lapor Detik.

Bagaimanapun ayah tersebut telah dibebaskan selepas pihak berkuasa mempertimbangkan hal tersebut.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai RC terlihat menangis dan melakukan sujud syukur selepas Pendakwa Raya Negeri Pangkalpinang, Jefferdian mengugurkan kes.

Malah dalam masa sama, anak lelakinya turut diberikan hadiah berupa sebuah telefon bimbit oleh ketua pendakwaraya tersebut.

“Motif beliau mencuri telefon tersebut adalah untuk kegunaan anaknya bagi dapat belajar secara atas talian,” katanya, memetik Detik.

Menurut Detik, setelah melakukan penilaian terperinci, pengguguran kes tersebut adalah kerana motif dan situasi keluarga agar anaknya boleh belajar online seperti pelajar lain.

“Selain motif agar anaknya boleh belajar secara atas talian, namun setelah dinilai, mereka juga berada dalam keluarga yang daif dan serba kekurangan,” katanya kepada Detik.

Gambar via Detik

Sumber: Detik