
Memetik laporan AFP, jumlah keseluruhan pelaburan tersebut adalah lebih USD 5 bilion (RM 23.63 bilion) bagi tempoh 15 tahun.
Kemudahan tersebut akan membenarkan pihak-pihak seperti pemaju, syarikat baru mula bertapak, syarikat perniagaan, kerajaan, badan bukan kerajaan serta perkhidmatan pendidikan untuk menjalankan aplikasi mereka dan memberi perkhidmatan kepada pengguna daripada pusat data AWS yang terletak di Thailand. Ini memastikan pelanggan yang ingin menyimpan data mereka di Thailand boleh berbuat demikian.
“Kami sangat komited dalam menyokong transformasi digital Thailand menerusi pelaburan terhadap infrastrukutur tempatan dan pelbagai inovasi baharu.
”Ini dapat membantu pelanggan-pelanggan berpangkalan di Thailand untuk merasai potensi sistem pengkomputeran awam secara sepenuhnya dan mengubah cara perusahaan dan institusi memberi perkhidmatan kepada pihak yang berkepentingan,
”Kemudahan ini akan membenarkan mana-mana organisasi untuk mengguna pakai teknogi AWS dalam pembangunan kecerdasan buatan dan mesin pembelajaran, analisis data, serta Internet Pelbagai Benda (IoT),” kata Prasad Kalyanaraman, Timbalan Presiden Perkhidmatan Infrastruktur di AWS.
Pengumuman dibuat AWS itu turut disambut baik oleh kerajaan Thailand.
“Pelan AWS adalah untuk membina pusat-pusat data di Thailand adalah satu tindakan yang signifikan yang akan membawa servis perkomputeran awam yang maju kepada lebih banyak organisasi.
”Perkara ini dapat membantu Thailand untuk mencapai cita-cita mereka untuk Revolusi Industri 4.0 untuk mereka ekonomi digital dan berasaskan nilai,” kata Timbalan Perdana Menteri Thailand, Mr. Supattanapong Punmeechaow yang juga merangkap Menteri Tenaga.
“Kerajaan Diraja Thailand sangat berbesar hati untuk berkolaborasi bersama AWS, salah sebuah pemacu dalam servis perkomputeran awam di dunia, demi membawa ke arah infrastruktur perkomputeran awan yang selamat dan bertaraf dunia di Thailand.
“Pelaburan tersebut akan meningkatkan kadar daya saing, menjamin manfaat ekonomi untuk jangka masa panjang dan membina tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.”
“Sebuah wilayah AWS di Thailand akan membantu perniagaan-perniagaan dan agensi kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan digital yang dinaiktaraf, yang mana akan memberikan manfaat kepada rakyat untuk beberapa dekad yang akan datang,” kata Chaiwut Thanakamanusorn, Menteri Ekonomi dan Masyarakat Digital.
Sumber: AFP