Ribut Petir & Hujan Lebat Serta Angin Kencang
Gambar via ThoughtCo

Awas, Ribut Petir, Hujan Lebat & Angin Kencang Diramal Landa 11 Negeri Hingga 6 Petang

Faiz Mustafa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang dijangka akan melanda beberapa buah negeri sehingga jam 6 petang ini.

Antara negeri yang dijangka terjejas adalah Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak, Kelantan (Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin).

Manakala di kawasan selatan pula negeri yang terjejas adalah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol), Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak pula daerah-daerah yang mungkin dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Bintulu dan Miri. Sabah pula, Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MET Malaysia.

Sumber: MET Malaysia