Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di lapan negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Selangor, Johor dan Sarawak, dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan menyebut, kawasan yang dijangka terlibat ialah seluruh Perlis dan Pulau Pinang, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu, Pdang Terap, Sik dan Baling di Kedah, Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang, Muallim, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak.
Selain itu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak di Selangor, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang dan Pontian di Johor.
Kawasan lain yang diramal turut terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit di Sarawak.
Sumber: Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia