Awas, Ribut Petir Dijangka Landa Beberapa Negeri Termasuk KL & Selangor Hingga 9 Malam Ini

Nur Adnin

Jabatan Meteorologi Malayia mengeluarkan amaran ribut petir yang diramal melanda beberapa buah negeri sehingga 9 malam ini.

Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 5.15 petang tadi.

Berikut adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:-

  • Kedah: Baling, Kulim & Bandar Baharu

  • Perak: Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang & Muallim

  • Kelantan: Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai & Gua Musang

  • Terengganu: Besut, Hulu Terengganu & Dungun

  • Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan & Rompin

  • Selangor: Hulu Selangor, Gombak & Hulu Langat

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: seluruh wilayah

  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: seluruh wilayah

  • Negeri Sembilan: Jempol

  • Johor: Segamat, Kluang & Mersing

  • Sarawak: Kuching, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pekan, Sarikei, Meradong), Sibu (Sibu), Mukah, Kapit (Kapit, Bukit Mabong, Belaga), Bintulu (Tatau, Sebauh), Miri (Miri, Marudi) & Limbang

  • Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak, Lahad Datu) & Sandakan

  • Wilayah Persekutuan Labuan: seluruh wilayah

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia