Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia, negeri yang terlibat adalah seluruh Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.
Selain itu, daerah Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di negeri Kedah turut dilanda cuaca yang sama.
“Bagi negeri Pahang, daerah yang terlibat adalah di Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin,” kata MetMalaysia.
Katanya lagi, daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor dan daerah Pantai Barat (Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod) di Sabah turut dijangka akan dilanda ribut petir dan hujan lebat.
Orang ramai terutamanya yang baru pulang dari kerja dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati ketika berada di atas jalan raya, selain mengelak daripada berada di kawasan yang berisiko.
Sumber: MetMalaysia