Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan sehingga jam 6.00 petang ini.
Antara negeri yang terlibat adalah Perak di daerah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang, manakala di Kelantan pula adalah di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
Selain itu, negeri lain yang terlibat adalah di Terengganu iaitu di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Di negeri Pahang pula, daerah yang terlibat adalah di Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Bagi negeri Selangor, ia melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
“Di Negeri Sembilan, hanya dua daerah sahaja yang terlibat iaitu di Jelebu dan Jempol,” maklum MetMalaysia.
Sementara itu, bagi negeri Sarawak, kawasan yang terlibat adalah di Kuching (Bau dan Kuching), Sarikei, Sibu, Mukah (Daro, Matu dan Dalat) dan Limbang.
Manakala Sabah, ia melibatkan daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) .
Dalam pada itu, ribut petir dan hujan lebat juga dijangka akan melanda seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.
Sumber: MetMalaysia