
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir seluruh negara yang dijangka berlaku sehingga jam 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri dan kawasan yang dijangka terlibat adalah di negeri Perlis, Kedah, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Bentong dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Port Dickson, Rembau dan Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi).
Bagi kawasan Sarawak yang dijangka terlibat ialah Samarahan (Simunjan), Sibu (Sibu), Mukah (Matu dan Dalat) dan Limbang (Lawas), Sabah di Pedalaman (Sipitang dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).
Orang ramai diminta mengambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca buruk dan kemungkinan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan.

Sumber: met.gov.my