Sebanyak sembilan negeri diramal bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat akan melanda negeri Perak iaitu di daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Selain itu, Tanah Tinggi Cameron di Pahang dan daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor turut dilanda cuaca buruk itu.
Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan juga tidak terkecuali dilanda ribut petir dan hujan lebat.
Bagi Negeri Sembilan pula daerah yang terlibat ialah Seremban, Port Dickson dan Rembau.
“Negeri lain yang terlibat ialah Sarawak iaitu di Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Marudi) dan Limbang,” kata MetMalaysia menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Twitter.
Sementara itu, negeri Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Kota Belud) dan Tawau (Tawau).
Susulan amaran cuaca buruk ini, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati di jalan raya dan mengelakkan diri dari berada di kawasan yang berisiko.
Sumber: MetMalaysia