Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di 12 negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Twitter, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu).
Pulau Pinang. Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Pahang (Raub dan Bentong). Selangor. WP Kuala Lumpur.WP Putrajaya. Negeri Sembilan. Melaka.
Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi). Sarawak: Kuching (Lundu), Kapit (Belaga), Miri (Marudi) dan Limbang.
Sabah: Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Papar dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu).
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada terutama bagi yang pulang dari tempat kerja pada petang ini.
Sumber: MetMalaysia