Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:25 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:
Pahang: (Bentong, Temerloh, Maran dan Bera)
Negeri Sembilan: (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin)
Melaka: (Jasin)
Johor: (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)
Sarawak: Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kudat)
WP Labuan
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang daripada tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya mereka yang berada di kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber: