Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4:05 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:
Kelantan: (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai)
Pahang: (Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin)
Selangor: (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang)
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Negeri Sembilan
Melaka
Johor: (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi)
Sarawak: Miri (Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas)
WP Labuan
Orang ramai yang ada urusan di luar pada petang ini dinasihatkaan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber: MetMalaysia