Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir di tujuh buah negeri sebentar tadi.
Amaran tersebut merangkumi sebahagian kawasan di negeri Kedah, Perak, Pahang, Johor, Selangor, Sarawak dan Sabah.
Berikut merupakan kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga jam 6 petang ini:
Kedah (Langkawi)
Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Rompin)
Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak)
Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)
Sarawak (Betong, Sarikei, Sibu, Miri, Limbang)
Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan)