Awas, METMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Sehingga 9 Malam Ini Di Beberapa Kawasan Di 11 Negeri

Nur Adnin

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda di beberapa buah negeri.

Data terkini dikeluarkan pada 4.40 petang tadi, ramalan cuaca dijangka hingga pukul 9 malam nanti.

Berikut adalah senarai negeri dan kawasan-kawasan yang terlibat:-

  • Kedah: Langkawi, Sik, Baling & Kulim

  • Pulau Pinang: Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah

  • Perak: Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar & Muallim

  • Kelantan: Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai

  • Terengganu: Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun & Kemaman

  • Pahang: Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan & Rompin

  • Selangor: Hulu Selangor, Gombak & Hulu Langat

  • Negeri Sembilan: Jelebu

  • Johor: Segamat, Kluang & Mersing

  • Sarawak: Miri (Marudi) & Limbang

  • Sabah: Kudat

Sumber: METMalaysia