Kawasan sekitar IOI Puchong dan USJ 13 masing-masing telah menerima amaran paras air yang tinggi di kedua-dua lokasi hari ini.
Amaran tersebut dikeluarkan melalui kadar bacaan Sistem Pengawasan Paras Air dari Pusat Kawalan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Bagi IOI Puchong, paras air yang tinggi direkodkan iaitu 1.62 sentimeter, manakala USJ 13 juga mencatatkan paras air tinggi iaitu 2.02 sentimeter.
Difahamkan, kadar keterukan (severity) yang dikeluarkan bagi kedua-dua lokasi berkenaan adalah tahap amaran (warning).
Oleh itu, semua pihak yang berada di sekitarnya diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
Manakala pengguna-pengguna jalan raya pula boleh merancang perjalanan mereka dan mengelakkan melalui lokasi berkenaan.
Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan oleh Pusat Kawalan MBSJ dari semasa ke semasa.
Untuk sebarang pertanyaan, Pusat Kawalan MBSJ boleh dihubungi melalui talian 03 80247700.
Sumber: FB Majlis Bandaraya Subang Jaya