Awas, Lima Negeri Dijangka Alami Ribut Petir Sehingga Petang Ini

Sha Rossa

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tiga negeri lain selain Sabah dan Sarawak yang terlibat ialah Terengganu, Pahang, dan Johor.

Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga jam 6 petang ini ialah Dungun dan Kemaman (Terengganu), Kuantan, Pekan dan Romping (Pahang), Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi (Johor), Pedalaman : Nabawan, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat : Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud, Sandakan : Telupid, Beluran dan Sandakan, Kudat : Kota Marudu (Sabah).

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan diharapkan lebih berhati-hati terutamanya bagi yang pulang daripada kerja pada petang ini.

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia