Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan melanda beberapa negeri sehingga jam 7.00 malam ini.
Menerusi perkongsian MetMalaysia di Twitter, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan membadai 12 negeri iaitu:
Perlis
Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)
Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)
Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah)
Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang)
Terengganu (Dungun dan Kemaman)
Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin)
Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat)
WP Kuala Lumpur
Johor
Sarawak: Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang)
Sabah: Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu)
Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengelak dari berada di kawasan yang berisiko.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia