Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga pukul 10 malam ini.
Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Twitter, MetMalaysia berkata ribut petir dijangka akan berlaku di seluruh negeri Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.
Bagi negeri Kedah, antara daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda Sik dan Baling, manakala di negeri Kelantan pula melibatkan daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
Selain itu, ribut petir dan hujan lebat juga diramal bakal melanda daerah Tanah Tinggi Cameron dan Raub di Pahang serta daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, daerah Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor juga tidak terkecuali.
“Bagi negeri Sarawak, daerah-daerah yang terlibat adalah Serian, Samarahan, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) dan Bintulu (Tatau).
“Manakala di Sabah melibatkan daerah Sandakan iaitu di Telupid, Kinabatangan dan Sandakan,” kata MetMalaysia.
Ekoran ramalan cuaca ini, orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang berisiko. Jika berada di atas jalan raya, hati-hati ketika memandu.
Sumber: MetMalaysia