Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), satu (1) daripada dua (2) orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.
Ianya tidak boleh dipandang ringan kerana obesiti boleh meningkatkan risiko kepada 13 jenis kanser seperti yang dikongsikan oleh KKM.
Antaranya, kanser usus besar, kanser payudara, kanser ovari, kanser rahim, kanser perut, kanser hati, kanser tiroid, kanser pankreas, kanser buah pinggang, kanser esofagus, kanser pundi hempedu, knser meningioma (otak) dan kanser multiple myeloma (darah).
Oleh itu, KKM menyarankan kepada orang ramai untuk mengawal berat badan bagi mengurangkan risiko kanser.
Bagi mereka yang berada di dalam katgori obesiti, lima langkah yang dikongsikan oleh KKM ini boleh dilakukan bagi menurunkan berat badan.
1) Lakukan aktiviti fizikal selama 30-60 minit sehari.
2) Tetapkan corak pemakanan yang seimbang iaitu suku suku separuh.
3) Berhenti sebelum kenyang dan hadkan pengambilan kalori.
4) Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan, berlemak, pemanis dan gram.
5) Lebihkan pengambilan buah, sayur dan serat.

Sumber: KKM Malaysia