Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di 8 buah negeri di seluruh Malaysia sebentar tadi.
Menurut kemaskini MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Larut, Matang Dan Selama dan Muallim), Pahang (Raub, Bentong dan Temerloh), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Petaling), Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang dan Kulai), Sarawak: Limbang, Sabah: Pedalaman (Sipitang dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Beluran) dan Kudat sehingga 7:00 malam hari ini.
Sementara, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin),Selangor (Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu) sehingga 7:00 malam hari Selasa, 25 Mei 2021.

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati ketika menggunakan jalan raya di kawasan ribut dan hujan lebat terutamanya buat penunggang motosikal.
Sumber: MetMalaysia