Gambar Hiasan via Google

Awas, Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Membadai 13 Buah Negeri Sehingga Malam Ini

Amira

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa negeri di Malaysia sehingga malam ini.

Dalam kemaskini terbaru, MetMalaysia menjangkakan fenomena tersebut berlaku di beberapa negeri seluruh Malaysia sehingga 7 malam ini.

Sementara itu, di beberapa kawasan tertentu di negeri terlibat, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku sehingga 8 malam.

Berikut adalah senarai kawasan dan negeri yang dijangka menerima hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga 7 malam.

Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling)

Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)

Kelantan (Kuala Krai)

Terengganu

Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan)

Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang)

WP Kuala Lumpur

WP Putrajaya

Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin)

Melaka

Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi)

Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis) dan Limbang

Sabah: Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan)

Sementara itu, berikut adalah kawasan yang dijangka dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga 8 malam.

Kelantan (Jeli dan Gua Musang)

Pahang (Lipis, Bera dan Rompin)

Negeri Sembilan (Jempol)

Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru)

Sarawak: Kapit (Bukit Mabong)

Sabah: Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Sandakan) dan Kudat

Sumber: MetMalaysia