Gambar Hiasan via Google

Awas, Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Membadai 12 Buah Negeri Sehingga Malam Ini

syafiq halim

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri di Malaysia. Menerusi infografik yang dikongsikan, terdapat 12 buah negeri yang dijangka terlibat dalam amaran ribut petir dan hujan lebat berkenaan.

Menurut jabatan berkenaan, negeri dan wilayah yang dijangka menerima hujan lebat sehingga 9 malam ini adalah seperti berikut:

Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)

Pulau Pinang

Perak

Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang)

Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu)

Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran)

Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat)

WP Kuala Lumpur

Negeri Sembilan (Jelebu)

Sarawak: Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran)

WP Labuan

Sumber: MetMalaysia